Tuesday, February 3, 2009

SN Baca Sajak Menentang PPSMI di Taman Melewar.

Malam tadi Sasterawan Negara Dato' A Samad Said telah berada di pentas markas PAS di Taman Melewar Kuala Lumpur bagi membacakan sebuah sajaknya yang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang banyak merosakkan bahasa dan kebudayaan Melayu.

Beliau memulakan dengan bercerita bagaimana pada petang hari itu beliau telah menerima telefon dari seseorang cuba menasihati beliau supaya jangan ke Taman Melewar kerana beliau sedang diperalatkan.

Lalu beliau menjawab dengan berkata, "Kalau saya datang dalam keadaan saya tidak sedar, ya, itu saya diperalatkan. Tetapi saya datang ini dalam keadaan saya sedar."

Kata-kata beliau itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir dari hadirin yang penuh sesak.

Beliau datang dengan diringi isteri beliau, Datin Rashidah, yang sepanjang malam itu mendengar para penceramah dengan penuh tekun dan bersemangat.

Sumber: Puan Ainon http://universitipts.com/index.php/site/comments/sn_baca_sajak_menentang_ppsmi_di_taman_melewar/

No comments:

Post a Comment